Monday, June 8, 2009

LAGU ITU AKU PUNYA

Interpretasi bagi sesebuah lagu (atau hasil penulisan kreatif yang lain) adalah berbeza bagi setiap orang. Malahan ianya boleh berbeza setiap kali kita mendengarkannya, membacakannya atau menyanyikannya. Bergantung dari sudut mana kita memandangnya, keadaaan emosi kita waktu itu dan untuk apa kita melakukannya. Tiada tafsiran yang salah untuk sesuatu karya itu kerana iainya adalah hak kita untuk menjiwainya.

Pernahkah kamu cuba meinterpretasikan sesuatu karya secara serius. Jika jawapannya tidak pernah, mungkin ada baiknya kita mencubanya kerana iainya adalah satu cara yang baik untuk kita lebih memahami diri kita sendiri. Kerana apa yang kita interpretasikan itu menunjukkan bagaimana cara kita berfikir dan bertindak ketika menghadapi sesuatu keadaan.

Sebagai contoh lagu Breath dari Anna Nalick, pelbagai interpretasi boleh diberikan dari setiap rangkap lagu itu. Dan mungkin setiap rangkap lagu itu kita rasakan tiada kaitan antara satu sama lain dan mungkin juga tidak. Mungkin rangkap itu menceritakan keluhan dari seorang teman dan mungkin juga dari diri kita sendiri. Mungkin juga sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan. Jawapannya sentiasa subjektif kerana setiap insan itu berbeza.

1 comment:

  1. betul.sometimes we like a song but people dont.simply because we can relate it to our real life.so sometimes music is life.

    ReplyDelete